TEL AVIV - Kegilaan rejim Zionis untuk melancarkan perang yang panjang akhirnya membawa padah setelah data rasmi menunjukkan peningkatan mendadak jumlah askar mereka yang terbunuh di Genting Gaza dan selatan Lubnan.
Rejim Tel Aviv merekodkan kematian tertinggi pada bulan lalu dengan 62 anggota tentera maut selepas kali terakhir berdepan situasi sama pada Disember 2023 yang menyaksikan 110 askar terbunuh.
“Ia termasuk seramai 365 askar yang tewas di medan tempur di Gaza, Lubnan dan Tebing Barat. Kebanyakan anggota hanya dikenali dengan nama, pangkat dan unit mereka. Butiran lanjut tentang punca kematian mereka tidak dinyatakan,” menurut laporan Press TV.
Selain itu, data baharu dikeluarkan jabatan pemulihan tentera juga menunjukkan pertambahan angka anggota cedera setelah hampir 1,000 mengalami kecederaan di Beirut.
Difahamkan, maklumat sebenar tentang angka kematian askar Israel ditapis pemerintah dan jumlah keseluruhan dipercayai jauh lebih tinggi berbanding yang dihebahkan kepada umum.
Ketika ini Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu cuba menunjukkan kepada dunia tentang pencapaian mereka di medan perang sedangkan keupayaan pasukan tentera mereka semakin lemah. - Agensi
Sumber : Sinar Harian
KONGSIKAN: