Penoreh getah Muhamad Hussin Alami, 44, mengutip getah sekerap untuk dikumpul sebelum dijual kepada peraih getah ketika tinjauan di Kampung Kuala Nal, Kuala Krai, Kelantan hari ini.
Rata-rata penoreh di kawasan sekitar memanfaatkan cuaca cerah menjalankan aktiviti itu seperti biasa untuk meneruskan kelangsungan hidup meskipun Monsun Timur Laut (MTL) atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh telah bermula sejak 5 November lepas.
Lazimnya musim tengkujuh adalah 'tempoh berehat' bagi kebanyakan penoreh getah kerana cuaca hujan dan banjir menyebabkan mereka tidak dapat ke kebun untuk mencari rezeki.
Shahuri Saidi | BERNAMA
KONGSIKAN: