Terkini

20/trending/recent

TERJAH

Masukkan carian anda di sini !

Ikan selayang hanya 20 sen seekor



Penduduk setempat tidak melepaskan peluang mendapatkan ikan selayang pada harga 20 sen seekor di Pasar Kepong, Kuala Terengganu hari ini.

Jualan murah sempena promosi pembukaan semula pasar tersebut bertujuan membantu masyarakat terutama golongan kurang berkemampuan menjimatkan perbelanjaan dapur.

Menurut pengurus perniagaan Wan Ahmad Suhaimi Wan Abd Kadir, 43, sebanyak 4,800 kilogram ikan selayang yang dijual pada harga 20 sen seekor dan pelanggan boleh membeli sebanyak mana yang mereka mahu.

Dia berkata pihaknya akan mengekalkan harga jualan ikan selayang 20 sen seekor itu setiap hari bermula 6.30 pagi sehingga 2 petang.

Mohd Khairul Fikiri Osman / BERNAMA









KONGSIKAN:

IKLAN BAWAH 2

Ads Bottom