Kabinet Israel telah meluluskan pengharaman kepada UNRWA untuk menjalankan aktiviti di Gaza dan Tebing Barat.
Adalah tersangat biadap dan zalim kerana UNRWA adalah “saluran” penting pendanaan pelbagai negara ke Palestin.
Secara tidak langsung, sumbangan agak besar dari negara penyumbang utama seperti Arab Saudi, Turkeye, Kuwait, Qatar dan lain-lain terjejas.
Secara tersirat, mematikan sumbangan negara-negara tersebut?
Mengharamkan aktiviti UNRWA ibarat memadamkan sebahagian besar sumber kewangan Palestin.
Warga Palestin majoritinya bergantung kepada UNRWA dari segi kesihatan, pendidikan, kebajikan dan sebagainya.
Ramai k/tangan UNRWA di Palestin terbunuh malah ada ditangkap kononnya kerana menjadi ahli kumpulan penganas.
KONGSIKAN: