Terkini

20/trending/recent

TERJAH

Masukkan carian anda di sini !


Inilah sebabnya DAP bersungguh mahu Akta Ibukota Persekutuan dipinda



KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadangkan meminda Akta Ibukota Persekutuan 1960 bagi membolehkan Ahli Majlis dilantik sama seperti dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara.

Naib Presiden DAP, Teresa Kok berkata, akta yang diguna pakai oleh Kuala Lumpur tidak sama seperti PBT dan sebab itu Ahli Majlis tidak boleh dilantik di wilayah berkenaan.

"Semua PBT di seluruh negara adalah di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, tetapi disebabkan Kuala Lumpur adalah sebuah ibu kota jadi akta yang ditadbir adalah Akta Ibukota.

"Adalah sangat penting bagi Kerajaan Madani untuk meminda akta berkenaan supaya Kuala Lumpur akan sama seperti semua PBT di seluruh negara," katanya dalam sidang media sempena Konvensyen Biasa Negeri DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Negeri Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai dalam ucapan aluannya sempena konvensyen itu berkata, parti itu bersama rakan dalam Pakatan Harapan (PH) sedang berusaha mencadangkan reformasi dengan melaksanakan sistem pelantikan Ahli Majlis untuk Kuala Lumpur seperti diamalkan oleh PBT.

Beliau berkata, langkah itu mampu memperkasakan demokrasi tempatan dan membawa sistem pentadbiran Kuala Lumpur ke arah pilihan raya Kerajaan Tempatan.

Mengulas perkara yang sama, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata ia adalah satu perkara yang baik.

"Kami memahami bahawa sentimen dan realiti politik untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan kerana ia pastinya mendapat tentangan daripada banyak pihak.




"Ketika ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya mempunyai Lembaga Penasihat dan bukannya Ahli Majlis dilantik. Dalam PBT, terdapat Ahli Majlis dilantik dan ia bertanggungjawab dalam setiap keputusan dibuat.

"Saya rasa sebagai langkah pertama, sistem pelantikan ini boleh digunakan, dan akhirnya matlamat utama kita adalah untuk mengadakan pilihan raya majlis tempatan, sambil mengambil kira beberapa kekangan yang ada ketika ini.

"Ini mungkin satu pendekatan progresif yang boleh dipertimbangkan. Sudah tentu, kita perlu membawanya ke Majlis Pakatan Harapan untuk pertimbangan sebelum dibawa ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Sumber : Berita Harian

Nampak dah, depa nak ahli majlis wujud dalam DBKL.. nak tahu sapa ahli majlis tu jika Akta ni dipinda? faham-faham la..

Sebelum ni bersungguh mahu piliharaya PBT, belum dapat itu.. ini dulu nak dipindanya..



SERTAI KAMI DI TELEGRAM :


IKLAN BAWAH 1
KONGSIKAN:

IKLAN BAWAH 2



Ads Bottom