1. Jumaat adalah hari warga komuniti berhimpun. Ia bermula sejak terbenam matahari Khamis, iaitu masyarakat berhimpun di surau masing-masing dan melakukan amal seperti tilawah Al-Quran dan iktikaf.
2. Subuh Jumaat adalah Subuh Agung. Kita dituntut baca Surah As-Sajdah dan Al-Insan. Kalau kerja hari Jumaat, memang susah nak qiyam dan hadir Subuh Agung.
3. Ketika Zohor, kita tak boleh lagi berhimpun di surau, tapi mesti berhimpun di masjid. Kita akan jumpa kariah lain pula. Ketika itu, Nazir Masjid jadi Khatib, dan semua pengerusi surau diberi tempat khas di saf pertama, disusuli AJK surau, kemudian warga dari setiap kariah.
4. Yang tak best adalah; kita tinggal di Bangi, tapi Solat Jumaat di Damansara yang bukan tempat kita. Kesannya, kita tak kenal komuniti. Khutbah pula sukar nak direka dalam konteks komuniti khusus, kerana audiennya bukan orang tempatan.
5. Jika khutbah direka khusus untuk komuniti khusus, audien tak ngantuk, kerana khutbah itu bicara tentang dirinya dan disampaikan oleh ketua komunitinya.
6. Jumaat adalah hari terbaik dalam seminggu. Malamnya adalah yang paling berkah, siangnya adalah yang paling banyak rahmat. Ekonomi penting, tapi tak boleh sampai mengorbankan struktur sosial kita.
7. Kita rugi 4 perkara kalau tak cuti Jumaat, iaitu:
i) Tak dapat hidupkan malam Jumaat dengan ibadah
ii) Tak dapat hadir Subuh Agung
iii) Tak dapat solat Jumaat di komuniti
iv) Tak dapat localize khutbah
#ummahfadhilah
#yayasanikhlas
KONGSIKAN: