Terkini

20/trending/recent

TERJAH

Masukkan carian anda di sini !


15.59 hektar tanah di Gelang Patah dijual kepada syarikat China




KUALA LUMPUR: Tropicana Firstwide Sdn Bhd (TFSB), anak syarikat milik penuh Tropicana Corporation Bhd akan melupuskan 15.59 hektar tanah pegangan bebas di Gelang Patah, Johor kepada Computility Technology (Malaysia) Sdn Bhd (CTMSB) sebanyak RM240 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Tropicana berkata CTMSB merancang untuk menggunakan tanah itu untuk menubuhkan hab pusat data serantaunya di Johor.

CTMSB dimiliki sepenuhnya oleh ZData Cloud Technology Pte Ltd, yang seterusnya merupakan anak syarikat milik penuh tidak langsung ZData Technologies Co Ltd, penyedia terkemuka bagi penumpuan rangkaian awan dan syarikat perkhidmatan infrastruktur IT yang didigitalkan, yang beribu pejabat di Beijing.




Tropicana berkata, penjualan tanah itu mencerminkan keupayaan kumpulan untuk memenuhi keperluan tanah pusat data yang ketat disokong oleh kepakaran pembangunannya dan rekod prestasi terbukti dalam penyampaian projek.

"Dengan kehadiran kukuh Tropicana dan simpanan tanah yang besar di Johor, kami memainkan peranan yang berkesan dengan menawarkan tanah strategik dengan kemudahan infrastruktur yang baik seperti elektrik, air dan kebolehcapaian," katanya.

Dalam dua tahun kebelakangan ini, Johor telah menarik lebih 50 pusat data berikutan dorongan kuat negeri itu ke arah ekonomi digital, yang didayakan oleh dasar kerajaan yang teguh, kesalinghubungan dan infrastruktur yang baik.

Pada Ogos, Tropicana menandatangani perjanjian tanah bernilai RM383 juta dengan penyedia perkhidmatan IT global NTT Data Group seluas 27.70 hektar di Gelang Patah, Johor.

-BERNAMA

Sumber : Berita Harian



SERTAI KAMI DI TELEGRAM :


IKLAN BAWAH 1
KONGSIKAN:

IKLAN BAWAH 2



Ads Bottom