Terkini

20/trending/recent

TERJAH

Masukkan carian anda di sini !


MTUC : Skim Pembantu Tadbir perlu dinaik taraf




PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyuarakan sokongannya terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) berhubung status pembantu tadbir di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Pengerusi MTUC, Mohd. Effendy Abdul Ghani menekankan bahawa saranan AUEGCAS untuk menaikkan kelayakan minimum pembantu tadbir daripada SPM kepada STPM atau setaraf perlu dilaksanakan dengan segera.

“Ini bukan sahaja akan meningkatkan mutu perkhidmatan awam, tetapi juga memastikan mereka yang berkhidmat dalam peranan ini menerima pengiktirafan dan peluang yang sewajarnya untuk pertumbuhan kerjaya.

“Peranan pembantu tadbir adalah kritikal dalam memastikan kelancaran operasi sektor awam, dan oleh itu, pengiktirafan yang sewajarnya perlu diberikan kepada kumpulan ini dan penangguhan dalam meningkatkan kelayakan dan imbuhan pembantu tadbir hanya akan memburukkan lagi keadaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Effendy juga percaya bahawa peningkatan kelayakan ini harus diiringi dengan penambahbaikan dalam struktur gaji dan syarat-syarat kerja pembantu tadbir, agar setimpal dengan tanggungjawab yang mereka pikul.




Katanya, pengiktirafan sebegini adalah penting untuk memastikan kebajikan pekerja sektor awam amnya dan ahli-ahli AUEGCAS akan terus dijaga.

“Kami menyeru kerajaan agar segera memberi perhatian kepada memorandum yang telah disampaikan oleh AUEGCAS kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kegagalan untuk bertindak akan memberi kesan negatif bukan sahaja kepada kebajikan pekerja, tetapi juga kepada produktiviti sektor awam secara keseluruhan,” ujarnya.

Rujukan : Kosmo



SERTAI KAMI DI TELEGRAM :


IKLAN BAWAH 1
KONGSIKAN:

IKLAN BAWAH 2



Ads Bottom