Terkini

20/trending/recent

TERJAH

Masukkan carian anda di sini !

Mencari Putri Alyaa



Anak murid saya yang sorang ni tak tau kenapa bagaikan ada  sesuatu yang sentiasa membuatkan saya mencari-cari di mana dia sekarang. 

Semasa saya berhijrah dari Sk Datu Hashim, Putri hadiahkan saya sebekas karipap yang sangat sedap …. Dalam bekas inilah dia berikan saya dengan mata yang berlinang air mata. Dia agak manja dengan saya dulu… saya tak beritahu dia saya akan berpindah tapi akhirnya dia tahu juga. 

Cikgunya pulak bukan seorang yang suka bergambar.. jadi x de la gambar kenangan bersama putri. Putri baru darjah 2 @3 masa tu. 

Saya simpan nota kasih dari putri sampai sekarang… dengan bekasnya sekali. Dah kuning warna notanya. Tiap kali terpandang… tertanya-tanya di mana agaknya Putri Alyaa sekarang? 

Walau hanya sebekas karipap yang dihadiahkan… mungkin keikhlasan dan ketulusannya… mengikat hati saya kepadanya. 


Percayalah …. Bukan kebendaan yang menjadi nilai…. Tapi keikhlasan dan ketulusan hati. 

*** sesiapa yang ada maklumat ttg putri ni boleh pm saya ye. Nak bertanya khabar… rindu seorang guru terhadap murid manjanya dulu. Saya sayang semua murid2 saya

Sumber : FB Zainun Zahari


KONGSIKAN:

IKLAN BAWAH 2

Ads Bottom