Terkini

20/trending/recent

TERJAH

Masukkan carian anda di sini !


KEPTAKES juga tuntut skim Pembantu Tadbir dinaik taraf


13 September 2024 bertempat di Pejabat CUEPACS..



Berlangsung satu sesi mesyuarat khas susulan daripada Pekeliling SSPA yang telah dikeluarkan. Untuk KEPTAKES ( Kesatuan Pembatu Tadbir Kesihatan Malaysia) dan Kesatuan lain yang memperjuangkan skim Pembantu Tadbir telah mengambil tindakan serta merta dengan menyediakan surat dan Kertas Pertimbangkan khusus untuk skim Pembantu Tadbir. 

Untuk makluman bersama gabungan Pembantu Tadbir ini atau namanya GAPETA telah bergerak lama untuk menambah baik skim Pembantu Tadbir ini. Semasa mesyuarat ini Dato' Presiden CUEPACS menzahirkan rasa sedih kepada skim Pembantu Tadbir ini.

Antara tindakan-tindakan susulan  yang telah diatur :-

1. Menghantar surat kepada YAB PM beserta kertas kerja telah diemel ptg semalam;

2. Menyerahkan surat tersebut setiap kali aktiviti bersama YAB PM dan berusaha untuk mengejar dan mencari Perdana Menteri di mana pun aktiviti (terdekat program YAB PM di Sabah - Hari Malaysia)

3. Perhimpunan Pembantu Tadbir dan Kenyataan Akbar sempena Hari PT KEPTAN di Ipoh pada 1 Oktober.

4. Perhimpunan Taat Setia Pembantu Tadbir Seluruh Malaysia, (tunggu tarikh KPPA) dalam masa terdekat.

Pelbagai usaha telah di buat, pelbagai kertas kerja telah dihantar. Walaupun Pekeliling SSPA telah dikeluarkan, tetapi kalau YAB PM setuju (atas arahan PM), Surat Pekeliling boleh dikeluarkan.

Ayuh semua PT kita bersatu dan teguh. Doa juga diharapkan daripada semua. Semoga skim ini berjaya terbela dan kami pihak Kesatuan sangat komited dan tanpa jemu mengorbankan masa, tenaga, idea untuk dinikmati kita bersama.

Teruskan perjuangan .. Ayuh semua
"BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH"

Admin kongsikan maklumat surat, kertas kerja dan sedikit gambar mesyuarat khas semalam.

#keptakes 
#ptkkm 
#TeruskanPerjuangan
















SERTAI KAMI DI TELEGRAM :


IKLAN BAWAH 1
KONGSIKAN:

IKLAN BAWAH 2



Ads Bottom