Terkini

20/trending/recent

TERJAH

Masukkan carian anda di sini !


Karaoke punya hal, pemimpin PAS ditegur perwakilan



TEMERLOH: Seorang perwakilan PAS dari Perlis sedih melihat kualiti segelintir pemimpin parti itu yang didakwa semakin merosot.

Mohd Saifizi Saidon mendakwa ada pemimpin PAS berkali-kali dilihat bersalaman dengan wanita, namun tidak diambil tindakan.

Dakwa beliau lagi, tidak kurang juga ada pemimpin PAS yang berkaraoke tetapi dipertahankan ulama PAS.



"Dalam sejarah PAS, tokoh seperti (ahli politik lama PAS), Hashim Gera digantung keahlian hanya kerana berjoget. Ini menunjukkan betapa penting menjaga kualiti pemimpin sebagai syarat kemenangan.

"Namun pada hari ini PAS semakin jauh dari asas itu. Terdapat pemimpin yang karaoke dipertahankan ulama PAS dan lebih menyedihkan lagi ada pemimpin yang bersalam dengan wanita tidak dikenakan tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS di Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, di sini, hari ini.

Selain itu, Mohd Saifizi membangkitkan isu salah guna kuasa membabitkan Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli dan anaknya.

Beliau menyifatkan isu itu memberi implikasi buruk terhadap PAS.

Lebih malang, katanya sampai ke hari ini PAS Perlis langsung tidak menerima sebarang laporan atau berbincang mengenai isu berkenaan.

"Sama ada daripada Badan Perhubungan PAS Perlis atau PAS pusat. Di mana kesungguhan kita memperjuangkan integriti dan amanah.

"Harapan besar PAS Perlis agar kerajaan sepenggal tidak berulang," katanya.

Memetik laporan pada 23 Mei lalu, anak Menteri Besar Perlis, Syafeeq Shukri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu lebih RM19,000 untuk menyediakan minuman bagi kegunaan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada Februari lalu.

Sumber : Berita Harian

#unsur-unsur walanon dalam PAS perlu diperelokkan


SERTAI KAMI DI TELEGRAM :


IKLAN BAWAH 1
KONGSIKAN:

IKLAN BAWAH 2



Ads Bottom