Terkini

20/trending/recent

TERJAH

Masukkan carian anda di sini !


Ibu dan anak dihanyutkan arus deras banjir




PADANG TERAP: Dua beranak dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras akibat banjir di Kampung Tanjung Kiri, Jalan Padang Sanai, di sini, hari ini.

Mangsa, Muhammad Rosman Rohaidi, 19, dan ibunya, Salmah Md Zain, 48, dipercayai cuba berpaut pada pokok sebelum dihanyutkan air deras.

Sementara itu, seorang saksi, Mohd Amir Mohd Sougelail, 28, berkata penduduk kampung berteriak memanggil dua beranak itu supaya tidak meredah banjir kerana arus sungai sangat deras tetapi mereka tetap meneruskan perjalanan.

"Saya nampak si ibu sempat berpaut pada pokok getah tetapi anaknya berpatah balik untuk mendapatkan ibunya sebelum kedua-duanya hanyut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Mohd Amir berkata, panggilan orang kampung dijawab wanita itu beberapa kali sebelum keadaan menjadi senyap.


"Air deras kerana kampung ini berdekatan Sungai Padang Terap yang melimpah akibat hujan lebat malam tadi," katanya.

Dua beranak itu dipercayai pulang daripada membeli nasi lemak dan menunggang motosikal menggunakan laluan sejauh lebih tiga kilometer (km) kerana jalan utama ke rumah dinaiki air.

Mereka kemudian meletakkan motosikal di rumah seorang penduduk dan meredah air di laluan bertar yang ditenggelami sehingga paras dada untuk pulang ke rumah.

Laluan berkenaan dikatakan lebih dekat iaitu kira-kira satu km ke rumah mereka.

Muhammad Rosman yang juga OKU lembam tinggal berdua bersama ibunya di Kampung Tanjung Kanan, di sini.

Sumber : Berita Harian


SERTAI KAMI DI TELEGRAM :


IKLAN BAWAH 1
KONGSIKAN:

IKLAN BAWAH 2



Ads Bottom