Terkini

20/trending/recent

TERJAH

Masukkan carian anda di sini !


Bantuan tunai untuk mangsa banjir di Kedah


KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR KEDAH

YAB DATO’ SERI HAJI MUHAMMAD SANUSI MD. NOR



 1. Susulan  bencana banjir yang sedang melanda beberapa daerah di negeri ini, Kerajaan Negeri akan segera memberikan bantuan awal Bantuan Komuniti Sejahtera (BKS) sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

 2. Penyelarasan bantuan adalah melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap daerah yang terbabit.

 3. Selain itu, Bantuan Wang Ihsan (BWI) daripada Kerajaan Persekutuan  sebanyak RM1,000 akan disalurkan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada semua KIR yang berpindah ke PPS.

 4. Setakat jam 2 petang tadi, sebanyak 29 PPS dibuka  di tujuh daerah iaitu Kota Setar (8), Pokok Sena (4), Pendang (3), Kubang Pasu (7), Bandar Baharu (1), Kulim (3) dan Kuala Muda (3).

 5. Seramai 3,835  mangsa dengan 1,137  KIR ditempatkan di kesemua PPS berkenaan.

 6. Saya ingin menasihatkan semua individu yang terbabit agar mematuhi setiap arahan pihak berkuasa jika diarahkan berpindah ke PPS.

 7. Kegagalan untuk berpindah ke PPS  atau mematuhi prosedur yang diarahkan akan menyebabkan mangsa tercicir daripada senarai penerima bantuan kerajaan.

 8. Anggota polis akan ditempatkan di setiap PPS untuk memudahkan mangsa membuat laporan.

 9. PKOB Negeri dan PKOB Daerah akan beroperasi 24 jam sepanjang tempoh bencana untuk memantau dan mengawasi keadaan dari masa ke masa. 

 10. Ibu bapa terutamanya awasilah anak-anak anda bagi mengelak sebarang kejadian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

 11. Ini adalah ujian daripada Allah SWT, banyakkan berdoa supaya keadaan tidak lebih mudarat dan dipermudahkan urusan bagi kita semua.

HAJI MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Menteri Besar Kedah 
19 September 2024

SERTAI KAMI DI TELEGRAM :


IKLAN BAWAH 1
KONGSIKAN:

IKLAN BAWAH 2



Ads Bottom