Terkini

20/trending/recent

TERJAH

Masukkan carian anda di sini !

430,000 peminjam PTPTN akan diburu, berdepan tindakan undang-undang



MANJUNG - Kementerian Pendidikan Tinggi sedang mempertimbangkan beberapa tindakan termasuk berkaitan undang-undang terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang langsung tidak membayar semula pinjaman mereka sebelum ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sehingga kini seramai 430,000 peminjam yang masih gagal dikesan belum membayar balik pinjaman tersebut.


Menurut beliau, perkara itu amat serius kerana melibatkan jumlah yang besar iaitu sebanyak RM6 bilion.


"Saya tidak merujuk kepada mereka yang sedang membayar ataupun yang lari sekejap, kurang bayar sekejap ini, tetapi yang kita maksudkan ialah mereka yang langsung dan sejak hari pertama sampailah sekarang tak peduli untuk membayar.

"Saya mengingatkan kepada mahasiswa-mahasiswi kita akan tanggungjawab moral kita iaitu wang ini adalah bentuk wang pinjaman nanti apabila selepas mereka belajar, mereka sudah pun mendapat pekerjaan yang baik, laksanakanlah tanggungjawab moral kita kerana wang itu apabila mereka bayar balik, kita akan gunakan untuk membantu generasi yang akan datang pula," katanya kepada pemberita.

Rujukan : Sinar Harian

#Yang kerja kerajaan pun ada yang culas bayar PTPTN, perlu dikenakan tindakan tatatertib





KONGSIKAN:

IKLAN BAWAH 2

Ads Bottom