Terkini

20/trending/recent

TERJAH

Masukkan carian anda di sini !


Terkejut aku bila baca laporan tragedi Elmina



Aku baru saja habis baca laporan akhir berkenaan nahas pesawat di Bandar Elmina setebal 148 muka surat yang telah dikeluarkan pada jam 3 petang tadi.

Banyak berlaku pelanggaran prosedur dalam kemalangan ngeri ini. Sungguh... Ia buat aku terkejut selepas membacanya.




Punca utama terjadinya nahas ini adalah disebabkan oleh kesilapan juruterbang ketika mengendalikan "Lift Dump Spoilers" ketika pesawat hampir untuk mendarat.

Ok apa kegunaan spoilers ni?

"The spoilers are designed to help slow the aircraft down and help it to lose altitude. This is necessary when trying to descend quickly and without increasing speed."

Di dalam manual pesawat telah dinyatakan dengan jelas untuk tidak mengaktifkan sistem tersebut ketika mendarat.






Mengikut dari laporan nahas,

At 1,000 ft on final approach, the PIC (Captain) requested the SIC (Co-pilot) to run the Before Landing checklist. 

The SIC proceeded: “Check before landing, landing gear down, lift dump unlocked, handle illuminated.” 

About 0.9 seconds after the SIC said “…handle illuminated,” the PIC acknowledged “lift dump unlocked.” 

Approximately 1.7 seconds after that, the SIC exclaimed loudly, “woah, woah, woah…, what's going on?” 

Multiple alarm sounds followed, including the lift dump aural warning tone, autopilot disconnect alert, and Enhanced Ground Proximity Warning System (EGPWS) callouts such as “minimums, minimums” and “sink rate, pull up, pull up”.

Selain dari itu antara penyumbang kepada terjadinya nahas ngeri ini adalah disebabkan oleh pelanggaran prosedur yang serius oleh kedua juruterbang.






Siasatan mendedahkan bahawa pilot tidak mematuhi protokol yang ditetapkan dalam Manual Penerbangan Pesawat. 

Kedua pilot tidak duduk di 'seat" yang sepatutnya dimana Kapten (PIC) sepatutnya duduk di kerusi sebelah kiri manakala pembantu juruterbang (SIC) duduk di kerusi sebelah kanan.

Bab 'seat' ni merupakan satu pelanggaran protokol yang sangat serius. Ia boleh menjadi punca kepada musibah akibat "pilot error" yang dilakukan oleh juruterbang.

Lebih buruk lagi, pembantu juruterbang yang duduk di kerusi kapten sebenarnya tidak memiliki "rating" (tidak berkelayakkan) untuk menerbangkan pesawat tersebut. 

Pembantu juruterbang baru sahaja "cuba" menerbangkan pesawat ini dan "clock hours" beliau adalah 3:15.

Rumusan yang boleh aku katakan selepas baca laporan nahas ini adalah ia disebabkan oleh "Pilot Error" dan kegagalan kedua juruterbang mematuhi prosedur serta Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Begitulah...

#MERZ
FB : Mohd Ezairol Rezan Zainol

SERTAI KAMI DI TELEGRAM :


IKLAN BAWAH 1
KONGSIKAN:

IKLAN BAWAH 2



Ads Bottom