Terkini

20/trending/recent

TERJAH

Masukkan carian anda di sini !


Saya terkejut tiga beranak itu dibunuh



ALOR SETAR: "Perbuatan itu sangat kejam, macam bukan manusia," kata Mohd Anuar Md Desa, 62 (gambar atas).

Kedai makan diusahakannya di tepi bangunan terbiar berhampiran Pekan Simpang Kuala, di sini, sering dikunjungi tiga beranak yang ditemukan mati kelmarin kerana wanita dan tiga anaknya berusia dua hingga 10 tahun itu sering membeli sarapan.

Selalunya, kata Mohd Anuar, wanita berkenaan membeli makanan seperti roti canai, teh o ais dan teh ais untuk dibawa pulang.

"Saya tak kenal sangat mereka, tetapi mereka selalu datang beli sarapan, kadang-kadang saya sedekah saja. Biasanya mereka datang waktu pagi, kemudian datang lagi dua hari selepas itu, macam gelandangan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Mohd Anuar, dia jarang melihat suami wanita itu, tetapi pernah ternampak lelaki berkenaan sambil membawa surah Yassin warna hijau.

"Saya juga pernah terdengar lelaki itu bertengkar dengan isterinya di hadapan bangunan terbiar yang menjadi kediaman mereka. Sebelum ini, keluarga itu tinggal di atas jejambat pejalan kaki di situ, tetapi disebabkan hujan, mereka berpindah ke bangunan terbiar ini dan menetap di tingkat satu.

"Saya terkejut apabila dimaklumkan wanita itu dan dua anaknya ditemukan dalam keadaan leher dikelar sebelum dibuang di dua lokasi berasingan," katanya.

Semalam, media melaporkan, seorang lelaki warga Myanmar berusia 43 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkait kematian isteri dan dua anaknya.

Mayat isterinya berusia 34 tahun dan anak perempuan berusia 10 tahun ditemukan dalam keadaan terlentang dan tertiarap dalam longkang dengan kesan kelar pada leher di belakang bangunan terbiar berhampiran Pekan Simpang Kuala oleh orang awam pada jam 5 petang kelmarin.

Mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun pula ditemukan di Pantai Leman, Kuala Kedah, pada jam 12 tengah hari semalam, disyaki dibuang ke dalam longkang besar di Jalan Pegawai sebelum dihanyutkan air sehingga ke lokasi kejadian.

Sumber : Berita Harian




SERTAI KAMI DI TELEGRAM :


IKLAN BAWAH 1
KONGSIKAN:

IKLAN BAWAH 2



Ads Bottom