Terkini

20/trending/recent

TERJAH

Masukkan carian anda di sini !

Nilai kekeluargaan tarik pemuda asal England memeluk Islam



“Bagaimana boleh hidup di dunia tanpa percaya wujudnya sesuatu (Pencipta),” kata seorang agnostik dari England.

Semalam, kami menerima mesej daripada Ahmad yang menyatakan beliau ingin membawa sahabatnya dari England, Tyler untuk memeluk Islam. Maka, kami terus mengatur perjumpaan pada hari ini.

Apabila mereka sampai, saya terkejut kerana saya tidak sangka yang menemani Tyler bukan seorang, bukan dua orang, tetapi 6 orang datang bersama beliau.

Maka saya bertanya,

“Yang datang bersama ni siapa?” 

Ahmad jawab, 

“Kami keluarga dia (Tyler)?” 

“Macam mana Tyler yang belum Muslim dari England boleh ada keluarga Melayu Muslim di Malaysia?” kata saya dalam hati.

Setelah bertanya, rupa-rupanya, keluarga Muslim ini adalah kenalan Tyler di Malaysia sejak 5 tahun lalu. Tyler dilayan bagai ahli keluarga mereka sepanjang Tyler bekerja di Malaysia.

Sempat saya bertanya kepada Tyler, apa nilai Islam yang menariknya memandangkan beliau adalah seorang agnostik sebelum ini.

“Saya nampak agama Islam mengeratkan hubungan kekeluargaan mereka. Saya ingin menjadi sebahagian daripada mereka,” katanya.

Walaupun membesar dalam keluarga Kristian Roman Katolik, Tyler tidak pernah merasa terikat dengan kepercayaan agama. 

“Saya tak pernah peduli atau terfikir untuk masuk mana-mana agama.”

Namun, pengamatannya terhadap kehidupan keluarga Muslim ini telah membuka pintu hatinya untuk melihat agama dari sudut pandang yang berbeza.

“Bagaimana boleh hidup di dunia tanpa percaya wujudnya sesuatu (Pencipta)”

Inilah fitrah manusia yang telah dimasukkan oleh Allah dalam diri setiap individu. Sesiapa yang ikhlas mencari kebenaran, pasti akan dikurniakan hidayah oleh Allah, InshaAllah.

Semoga Tyler istiqamah dalam jalan kebenaran Allah.

Jika anda ingin mengetahui tentang Islam, boleh hubungi wasap.my/601110500414 untuk membuat temu janji bersama pegawai kami.

Jazakumullahu Khairan di atas sumbangan dan sokongan sahabat kepada MRM selama ini.

Sokong usaha dakwah MRM

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

Sumber : Firdaus Wong


KONGSIKAN:

IKLAN BAWAH 2

Ads Bottom