Terkini

20/trending/recent

TERJAH

Masukkan carian anda di sini !

Menyesal di hujung nyawa





1. Dalam al-Quran, Allah menceritakan mengenai penyesalan manusia di penghujung nyawa mereka. Ini dapat kita saksikan pada riwayat kisah Firaun yang tiba-tiba dia menyesal saat ditenggamkan oleh Allah. Firman Allah:

حَتَّىٰ إِذَا أَدْرَكَهُ الْغَرَقُ قَالَ آمَنتُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا الَّذِي آمَنَتْ بِهِ بَنُو إِسْرَائِيلَ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)". (Surah Yunus, 90)

2. Begitu juga dalam Surah al-Mukminun, Allah menceritakan sikap orang yang menentang itu, saat kematiannya memohon agar dikembalikan ke dunia untuk melakukan amal-amal soleh. Firman Allah:

حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَ أَحَدَهُمُ ٱلْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ٱرْجِعُونِ لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ
“apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - "Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan"

3. Begitu juga dalam surah al-Munafiqun, Allah mengingatkan kita mengenai orang yang memohon agar ajal mereka ditangguhkan supaya mereka boleh menyumbang atau bersedekah dan melakukan kebaikan. Firman Allah:

وَأَنفِقُواْ مِن مَّا رَزَقْنَٰكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِىَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَآ أَخَّرْتَنِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍۢ قَرِيبٍۢ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".

4. Ayat-ayat ini semua seharusnya menjadi peringatan buat diri kita agar sentiasa bersegera melakukan amal soleh agar kita tidak menyesal di penghujung nyawa nanti.

5. Malah, sedekah dikatakan amalan yang paling mudah sehingga disebutkan dipenghujung nyawa itu, manusia berharap agar dia boleh bersedekah dan melakukan amal soleh.


KONGSIKAN:

IKLAN BAWAH 2

Ads Bottom