Terkini

20/trending/recent

TERJAH

Masukkan carian anda di sini !

Jika berhasrat nak buat loan beli rumah, ingat "RULES" ni sampai bila-bila...




Bayaran ansurans bulanan jangan lebih 30% dari gaji kita. Dan kalau buat "combine loan" pun sama. Jangan sampai lebih dari 30% bila kedua-dua gaji suami isteri itu disatukan...

Contoh, gaji suami 4K dan gaji isteri 2K, jumlahnya 6K. Jadi, bayaran ansurans loan rumah sebaiknya jangan lebih dari 30% atau RM1800 sebulan.

Please guys...Ingat benda ni sampai mati❗️

Selama aku terlibat dengan aktiviti rumah lelong ni, banyak aku jumpa rumah yang kena lelong atas combine loan suami isteri.

Puncanya akibat bercerai dan salah satu faktornya adalah akibat tertekan bayar "housing loan".

Ramai orang ingat dia boleh bayar loan 1.8K sebulan tu tapi ramai juga yang lupa baki gaji yang tinggal cuma lebih kurang 4K sahaja.

Dengan 4K anda nak bayar duit kereta, nak bayar keperluan sekolah anak, belanja dapur kering/basah dan komitmen² lain lagi.

Dengan ansuran bulanan 30% ni pun kita dah rasa sesak, cuba kita buat pinjaman rumah lebih dari tu.

Nasihat aku carilah rumah biasa² je dulu. Flat atau apartment lama pun takpa. Memanglah la tak cantik dan tak wow tapi ia tak buat keluarga kita jadi porak peranda sebab bebanan hutang rumah.

Jangan ikut kata nafsu. Kita pelan² kayuh. Nanti bila dah semakin stabil, gaji dah naik, upgradelah masa tu...

Anak² masa sekolah ni banyak juga keperluan mereka. Macam aku dulu, lepas 7 tahun duduk, baru aku upgrade ke rumah baru yang lebih selesa.

Ingat pesan abang ni dik...

FB : Mohd Ezairol Rezan Zainol


KONGSIKAN:

IKLAN BAWAH 2

Ads Bottom